Posts

Showing posts from September, 2018

Pakaian Tradisi Kaum BUGIS

Image
"BAJU BODO" BAJU Bodo iaitu pakaian tradisional Bugis menjadi kebanggaan masyarakat berasal dari Sulawesi Selatan, termasuk mereka yang bertapak di timur Sabah kerana dikatakan antara busana paling awal dihasilkan. Ini kerana masyarakat Bugis di Sulawesi Selatan pada masa lampau iaitu ratusan tahun lalu dikatakan sudah mula menggunakan baju Bodo yang diperbuat daripada kain muslin, iaitu lembaran kain hasil tenunan daripada kapas dan benang menyebabkannya kelihatan agak jarang. Berdasarkan catatan sejarah, kain muslin pertama dibuat dan didagangkan di Kota Dhaka, Bangladesh dan dikenali sebagai 'maisolos' di Yunani, manakala masali' di timur India dan ruhm di Arab. - Baju Bodo turut dikenali sebagai baju Tokko kerana tiada lengan. - Busana tertua di dunia kerana sudah mula digunakan pada pertengahan abad IX di Sulawesi Selatan. - Mempunyai lima warna iaitu jingga, merah, ungu, putih dan hijau - Masyarakat Bugis mula bertapak di Sabah pada

Makanan tradisi suku kaum BUGIS

Image
Ayam Lengkuas Ayam Lengkuas yang juga disebut Ayam Masak Lengkuas merupakan salah satu hidangan yang popular dikalangan masyarakat di Sabah terutamanya dari suku kaum Bugis yang berada di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau. Ayam Lengkuas biasanya banyak dimasak dan dihidangkan ketika sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha. Selain itu ia juga biasa dihidang ketika majlis perkahwinan dan kenduri. Bahan-bahan yang biasa diguna untuk membuat ayam masak lengkuas ini adalah seperti  : dimasak.    01/ Ayam 02. Lengkuas 03. Serai 04. Santan 05. Lada Putih 06. Serbuk Kunyit 07. Garam Penyediaan Ayam Lengkuas adalah dengan menggunakan lengkuas yang telah dikisar untuk dijadikan sebagai salutan kepada ayam yang telah  Burasak Burasak atau lebih dikenali dengan panggilan 'Buras' merupakan salah satu makanan yang popular di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau. Burasak merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Bugis dan ia

kenapa harus singgah di gunung kinabalu???

Image
Gunung Kinabalu, Sabah yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Hal ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak di benua Oseania. Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di Oseania. Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian daripada Oseania – disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia. Gunung Ki

Pulau Menarik Di sabah - Top 3

Image
Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah Terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu, pemandangan yang disajikan di Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah, cukup mengagumkan. Menjadi pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran, pulau ini mempunyai spesies baru karang dan ikan terbanyak di dunia. Faktor itu menyebabkan Pulau Bohey Dulang menawarkan percutian penuh pesona dan keterujaan. Perjalanan menaiki bot dari jeti di pekan Semporna selama 30 minit pasti tidak sia-sia kerana di sepanjang perjalanan pengunjung sudah disajikan keindahan laut yang tidak tergambar dengan kata-kata. Selain dasar laut dan permukaan airnya yang mempesona, Pulau Bohey Dulang juga terkenal dengan pemandangan menarik dari bahagian atas puncaknya selain berpeluang memerhati burung. Untuk menyaksikan keindahan itu, pengunjung perlu mendaki bukit tertinggi di pulau itu. Selain itu, snorkeling, selam skuba dan mandi-manda bersama pelbagai jenis ikan antara aktiviti w

Kenali Aku

Image
Assalamu`alaikum dan salam sejahtera kepada semua yang melawat blog ini. Saya Andi Yuliana Binti Mahmud pelajar FEP UKM, Bangi.. Moto, Visi, Misi & Falsafah Moto Mengilham harapan, mencipta masa depan Falsafah Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti. Visi UKM bertekad menjadi Universiti terkehadapan yang mendahului langkah masyarakat dan zamannya bagi membentuk masyarakat dinamik, berilmu dan berakhlak mulia. Misi Menjadi Universiti terpilih yang memartabatkan bahasa Melayu serta mensejagatkan ilmu beracuan budaya kebangsaan.