Pulau Menarik Di sabah - Top 3


Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah
Terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu, pemandangan yang disajikan di Pulau Bohey Dulang, Semporna, Sabah, cukup mengagumkan.
Menjadi pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran, pulau ini mempunyai spesies baru karang dan ikan terbanyak di dunia.
Faktor itu menyebabkan Pulau Bohey Dulang menawarkan percutian penuh pesona dan keterujaan.
Perjalanan menaiki bot dari jeti di pekan Semporna selama 30 minit pasti tidak sia-sia kerana di sepanjang perjalanan pengunjung sudah disajikan keindahan laut yang tidak tergambar dengan kata-kata.
Selain dasar laut dan permukaan airnya yang mempesona, Pulau Bohey Dulang juga terkenal dengan pemandangan menarik dari bahagian atas puncaknya selain berpeluang memerhati burung.
Untuk menyaksikan keindahan itu, pengunjung perlu mendaki bukit tertinggi di pulau itu.
Selain itu, snorkeling, selam skuba dan mandi-manda bersama pelbagai jenis ikan antara aktiviti wajib dilakukan saat bertandang ke sini.
Pulau ini tidak menyediakan penginapan tetapi jaraknya yang dekat dengan tanah besar membolehkan pengunjung ke situ dalam satu hari.




Pulau Sipadan, Semporna, Sabah

Pulau Sipadan ialah sebuah pulau lautan berhampiran dengan semporna, sebuah bandar di pantai timur sabah, malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. 

Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. 

Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes committee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009




Pulau Mabul, Semporna. Sabah

Pulau Mabul terletak di pesisir pantai tenggara negeri sabah, malaysia. Pulau ini terkenal kerana berdekatan dengan pulau sipadan.
Pulau ini mempunyai saiz yang agak kecil, nampak melengkung (pandangan dari atas) dan terdapat banyak jenis batu karang yang mendiami disekitarnya. 
Batu karang menjadi tumpuan spesies ikan marin kerana menjadi tempat pembiakan plankton. Dasarnya tidak dalam dan berada di kawasan pentas benua di laut sulawesi. 
Kedalamannya sekitar 25 hingga 30 meter sesuai untuk aktiviti selaman(scuba diving). Peralatan menyelam boleh disewa di sekitar bandar Tawau dengan harga berpatutan.
banyak sekali hidupan eksotik seperti sotong kurita,cephalopods,udang geragau,ketam,rumpai laut lain.

Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Tradisi Kaum BUGIS

Makanan tradisi suku kaum BUGIS