Makanan tradisi suku kaum BUGIS
Ayam Lengkuas
Ayam Lengkuas yang juga disebut Ayam Masak Lengkuas merupakan salah satu hidangan yang popular dikalangan masyarakat di Sabah terutamanya dari suku kaum Bugis yang berada di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau.Ayam Lengkuas biasanya banyak dimasak dan dihidangkan ketika sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha. Selain itu ia juga biasa dihidang ketika majlis perkahwinan dan kenduri.
Bahan-bahan yang biasa diguna untuk membuat ayam masak lengkuas ini adalah seperti :
dimasak. 01/ Ayam
02. Lengkuas
03. Serai
04. Santan
05. Lada Putih
06. Serbuk Kunyit
07. Garam
Penyediaan Ayam Lengkuas adalah dengan menggunakan lengkuas yang telah dikisar untuk dijadikan sebagai salutan kepada ayam yang telah
Burasak
Burasak atau lebih dikenali dengan panggilan 'Buras' merupakan salah satu makanan yang popular di Pantai Timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau. Burasak merupakan makanan tradisional bagi suku kaum Bugis dan ia biasanya dimasak ketika hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha.
Burasak sememangnya antara makanan yang dicari dan ditunggu-tunggu ketika Hari Raya oleh segenap lapiran masyarakat di Sabah. Burasak biasanya dimakan bersama lauk-pauk terutamanya lauk serunding dan ayam masak kurma.
Bahan-bahan yang biasa diguna untuk masak burasak adalah :
01. Beras
02. Santan
03. Daun pisang
04. Tali
Cara penyediaannya adalah :
Masak beras bersama santan. Setelah beras sudah masak, bungkus beras tersebut dengan menggunakan daun pisang yang telah disediakan (biasanya 2 lapis daun pisang) kemudian diikat dengan kemas sebelum di rebus atau di kukus selama lebih kurang 6-8 jam.

Kapurung
Kapurung adalah makanan tradisional bagi suku kaum Bugis dan sangat popular di kalangan masyarakat di sebelah Pantai Timur Sabah seperti Sandakan dan Tawau.
Kapurung mempunyai bentuk yang hampir sama dengan makanan kaum Melayu-Brunei di Sabah iaitu Ambuyat yang menggunakan kanji sebagai hidangannya. Namun apa yang membezakannya adalah Ambuyat biasanya dihidang berasingan dengan bahan lain tetapi Kapurung dihidangkan terus bersama-sama bahan yang lain.
Pada kebiasaannya Kapurung akan dihidang ketika sesebuah keluarga itu berkumpul beramai-ramai seperti ketika cuti hujung minggu dan untuk lebih membuka selera Kapurung akan dihidangkan bersama sambal belacan dan limau nipis agar dapat menambahkan lagi rasanya.
Antara bahan yang biasa digunakan untuk membuat Kapurung adalah seperti berikut :
01. Tepung kanji / ubi
02. Sayur
03. Ikan bilis/ udang

Borobbok
Borobbok adalah masakan berupa bubur nasi jagung. Biasanya Barobbo dimasak dengan bersama jagung pulut, namun pada masa kini ia banyak dimasak dengan menggunakan jagung manis.
Di Sabah, Barobbo merupakan antara makanan istimewa dan popular di kalangan masyarakat suku kaum Bugis terutama sekali di daerah Sandakan dan juga Tawau.
Barobbo biasanya dimasak apabila sesebuah keluarga itu berkumpul beramai-ramai seperti ketika cuti sekolah atau cuti hujung minggu. Ia juga lebih sedap dimakan ketika masih panas.
Antara bahan-bahan yang digunakan untuk masak Barobbo adalah seperti berikut :
01. Beras
02. Daging ayam
03. Udang
04. Cangkuk manis
05. Lobak
06. Bawang merah
07. Bawang putih
08. Garam
09. Ajinamoto
10. Kiub pati ayam
11. Daun sup
Cara penyediaannya adalah :
01. Masak beras seperti masak bubut (lebihkan air)
02. Masukkan isi ayam
03. Masukkan lobak
04. Masukkan udang yang telah dikupas
05. Masukkan bahan-bahan yang lain
06. Terakhir masukkan sayur, daun sup & bawang goreng

Comments
Post a Comment