kenapa harus singgah di gunung kinabalu???





Gunung Kinabalu, Sabah
yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi di Asia Tenggara yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Dari segi persempadanan geografi, gunung Kinabalu merupakan yang tertinggi di Asia Tenggara. Hal ini adalah kerana Hkakabo Razi terletak di banjaran Himalaya yang terletak di plat tetonik benua India, sementara Puncak Jaya, Puncak Trikora, dan Puncak Mandala pula terletak di benua Oseania.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai kedudukan ketinggian Gunung Kinabalu di Asia Tenggara, bergantung kepada cara pentakrifan ketinggian gunung dan sempadan Asia Tenggara. Puncak Raya (juga dikenali sebagai Piramid Carstenz) telah diakui sebagai puncak tertinggi di Oseania. Indonesia dari segi politik umumnya dianggap sebahagian daripada Asia Tenggara, tetapi dari segi geologi dianggap sebahagian daripada Oseania – disebabkan Indonesia tidak bercantum secara fizikal dengan benua Asia.
Gunung Kinabalu mempunyai kawasan hutan dipterokarp bukit, hutan dipterokarp atas, hutan montane dan hutan ericaceous atau hutan gunung.
Permukaan asal Gunung Kinabalu terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan selama lapan hingga 12 juta tahun. Hakisan yang berterusan itu akhirnya mendedahkan batuan pluton yang lebih tegar.
Kesemua puncak tinggi di dunia dilitupi ais tebal pada waktu kuartener atau zaman air batu yang berlaku kurang daripada satu juta tahun lalu termasuklah Gunung Kinabalu yang ketika itu sama paras dengan gunung-gunung di Banjaran Himalaya. Ketika waktu itu, puncak Kinabalu diliputi ais dan berlaku pergerakan glasier. Kesan pergerakan glasier boleh dilihat di kawasan Pinausok Gravel iaitu satu tempat yang terletak di antara Kundasang dengan Ranau.

Awan berbentuk topi di Gunung Kinabalu fenomena biasa

Pembentukan awan lentikular yang menyerupai kanta atau topi yang berlaku di puncak Gunung Kinabalu pagi semalam adalah fenomena biasa yang lazimnya terbentuk di sekitar gunung atau bukit.
Jurucakap Jabatan Meteorologi Sabah, berkata awan lentikular terbentuk akibat aliran udara lembap yang melalui penghalang seperti pergunungan hingga menyebabkan terjadinya pusaran yang membentuk awan berkenaan.
"Di sekitar kawasan pembentukan awan ini kegeloraan angin agak kuat dan kencang. Lazimnya, keadaan ini berbahaya kepada pesawat yang melalui kawasan berkenaan.
"Bagaimanapun, ini adalah perkara biasa jika ada angin kencang dan ia tidak dikaitkan dengan mana-mana cuaca buruk. Ia seperti awan biasa cuma bentuknya seperti kanta," katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.
Awan lentikular atau `lenticular clouds' adalah sejenis awan unik yang lazimnya terbentuk di sekitar bukit dan gunung akibat daripada hasil pergerakan udara di kawasan pergunungan.
Awan itu berbentuk seperti piring terbang raksasa atau sesuatu mirip seakan-akan 'pancake'.

Comments

Popular posts from this blog

Pakaian Tradisi Kaum BUGIS

Makanan tradisi suku kaum BUGIS

Pulau Menarik Di sabah - Top 3